User

Forgot Password?

0
Cart

Blog

Pemilihan Warna Tudung Yang Sesuai Dengan Tona Kulit Anda

Bagi wanita bertudung, pemilihan warna tudung mengikut jenis tona kulit sangat penting. Ianya adalah faktor utama untuk menaikkan seri wajah dan akan kelihatan sesuai dengan jenis tona kulit anda.

Selain warna tudung yang sesuai dengan pakaian, anda harus mengambil kira tentang warna tudung mana yang sesuai dengan tona kulit wajah anda.

Pemilihan warna tudung yang sesuai dengan tona kulit agak susah. Wajah anda akan kelihatan pucat dan kusam jika tersalah memilih warna tudung. Selain itu, pakaian anda akan tenggelam. Terdapat beberapa tips dan cara yang boleh anda gunakan untuk mengetahui kombinasi warna tudung dan pakaian mana yang sesuai dengan warna kulit anda, yang boleh dipadankan bersama.

Secara amnya, kita mempunyai tiga tona warna kulit iaitu cool undertone, medium undertone dan warm undertone.

pemilihan warna tudung

Undertone kulit adalah rona warna halus yang terletak di bawah permukaan kulit. Untuk pengetahuan anda, undertone kulit berbeza dengan warna kulit atau jenis kulit. Warna kulit ditentukan oleh pigmen kulit pada lapisan kulit paling atas, sedangkan undertone kulit merupakan warna alami di bawah permukaan kulit anda.

Mengenal pasti undertone kulit akan memudahkan anda dalam menentukan ‘shade’ atau warna kosmetik yang sesuai.

1. Undertone Warm

Kebiasaanya, pemilik undertone warm ini memiliki warna kulit sedikit pucat. Warna kulit pula kekuningan atau keemasan.

2. Undertone Neutral

Pemilik undertone neutral lebih sesuai menggunakan bedak yang tidak terlalu kuning atau kemerahan.

3. Undertone Cool

Pemilik undertone cool atau dingin ini kebiasaannya memiliki warna bahagian bawah kulit yang sedikit kebiruan atau kemerahan.

Apakah perbezaan diantara Skin Tone dan Undertone?

Secara fakta, skin tone dan undertone adalah dua perkara yang berbeza. Skin tone adalah warna kulit yang merujuk dari gelap hingga ke sangat cerah. Sementara itu, undertone adalah rona kulit yang merujuk pada bayangan yang ada di dalam skin tone.

Warna kulit mungkin akan berubah-ubah mengikut faktor lingkungan dan kebiasaan, tetapi undertone tidak akan pernah berubah warna.

Demikian serba sedikit perkongsian kami. Untuk sebarang pertanyaan tentang tudung anda boleh hubungi kami di 019-8129387 atau layari laman web kami kilangtudung.my

Jumpa lagi nanti.

Lagi Artikel

Boleh kami bantu anda?

WhatsApp & Tempahan