User

Forgot Password?

0
Cart

Blog

Tips Penjagaan Tudung

Wanita dan tudung memang takkan dapat dipisahkan. Salah satu sebab adalah tuntutan dari agama Islam untuk menutup aurat kepala kita iaitu memakai tudung. Jadi, tips penjagaan tudung ini ditujukan khas kepada wanita yang sayangkan tudung mereka. Kalau nak nampak cantik dan menarik mestilah kena jaga penampilan.

Sebelum nak jaga penampilan tu kita kena la jaga kualiti pakaian kita. Wanita yang ingin menjaga penampilan sahaja yang boleh membaca artikel tips penjagaan tudung ini sampai habis. Macam mana nak kekalkan kualiti tudung agar warna tidak luntur dan awning ‘onpoint’ ?.

Terdapat 4 tips yang akan saya kongsikan kepada anda.

 

 

 

1. Elakkan mencuci tudung dengan mesin basuh

Kebanyakan fabrik tudung diperbuat daripada bahan yang lembut. Oleh itu, membasuh menggunakan tangan adalah lebih baik berbanding mesin basuh. Menggunakan mesin basuh akan meregangkan fabrik tersebut.

Hal ini akan mennyebabkan tudung susah dibentuk.

2. Suhu air

Rendamkan tudung ke dalam air sejuk bersama pelembut fabrik (elakkan rendam terlalu lama kerana ia akan merosakkan fabrik). Sebaiknya menggunakan sabun jenis cecair berbanding serbuk kerana ia lebih lembut pada fabrik.

Selepas itu, bilas tudung dengan air yang bersih sehingga kesan sabun dan pelembut fabrik tidak melekat pada tudung. Tidak perlu perah tudung terlalu kuat , kemudian sidai seperti biasa.

3. Gosok tudung dengan suhu yang rendah

Terdapat pelbagai jenis fabrik tudung. Jadi anda harus tahu suhu yang sesuai dengan fabrik tersebut. Untuk fabrik jenis chiffon dan silk, kainnya agak lembut, jadi anda harus lebih berhati-hati menggosok dengan menggunakan suhu yang rendah untuk mengelakkan tudung terbakar.

Lebih bagus jika menggunakan iron stim dengan suhu yang sederhana.

4. Jemur tudung menggunakan penyangkut yang sesuai

Anda harus jemur tudung anda pada penyangkut yang sesuai agar fabrik tudung tidak terjejas seperti tertarik atau renggang.

Demikian serba sedikit perkongsian kami. Untuk sebarang pertanyaan tentang tudung anda boleh hubungi kami di 019-8129387 atau layari laman web kami kilangtudung.my

Jumpa lagi nanti.

Lagi Artikel

Boleh kami bantu anda?

WhatsApp & Tempahan